CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, May 15, 2012

kisah katak

Ya, demikianlah tajuk entry ini, saya membacanya di i love islam... dengan gambar katak hijau, saya pada mulanya memandang sepi artikel ini..

alt

Kalian bacalah, moga bermanfaat.. 


Tandas di pejabatku yang terletak di Senawang pernah dimasuki oleh seekor katak. Kisah ini berlaku setahun yang lalu. Pejabat lama ku terletak di tingkat tiga. Sungguh penat jika mahu memunggah naik dan turun barang-barang untuk ke program. Ini juga merupakan salah satu sebab utama kami berpindah ke pejabat baru (rumah sewa).

Kisah katak bermula apabila tandas pejabatku yang tinggi ini dilawati oleh seekor katak. Aku lansung tidak peduli tentang kehadiran katak tersebut walaupun aku sentiasa keluar masuk bilik air. Aku menyangka katak tersebut mungkin singgah sebentar dan akan beredar selepas itu. Pandai masuk, pandailah keluar. Bisik hatiku.

Namun, selepas beberapa hari (mungkin lima ke tujuh hari agaknya) aku mula merasakan sesuatu yang ganjil. Katak tersebut masih lagi ada dalam tandas pejabatku.

"Eh, tak keluar lagi katak ni? Macamanalah kau boleh sampai kat tingkat tiga ni. Takkan tak tau jalan keluar?" hatiku berbicara.

Pelik.

Sedang saat itu mataku melihat kearah katak tersebut. Memerhatikan gelagatnya. Ia sedang terlompat-lompat ke dinding tandas. Seperti sedang memanjat dinding untuk melepaskan diri. Namun langkahnya hari ini seperti sudah semakin lemah. Dahulunya gemuk juga. Hari ini aku lihat ia sudah sedikit kurus. Apabila badannya melompat ke dinding, tangannya dengan penuh harapan cuba menekap dinding.

Sayangnya, badannya meluncur ke bawah dan jatuh semula ke lantai. Kemudian ia cuba lagi, jatuh semula.

Cuba lagi, dan jatuh semula. Kemudian ia rehat sebentar, dan terus mencuba lagi memanjat dinding. Aduh, sungguh sayu aku melihatnya. Aku tunduk sedar. Aku memasukkan diriku dalam katak tersebut. Aku dapat rasakan katak tersebut sedang menjerit-jerit meminta pertolongan. Melompat-lompat supaya dirinya mampu melepasi dinding tandas, walaupun menyedari usaha tersebut pasti sia-sia. Tapi, ia tiada pilihan. Duduk menunggu ajal, atau terus mencuba untuk keluar.


Lantas dengan penuh rendah hatinya aku keluar mencari plastik. Aku bawakan ke katak tersebut. Aku masukkannya ke dalam plastik. Sungguh, aku rasa geli memegangnya, walaupun berbungkus dalam plastik.

Aku berlari keluar daripada pejabat. Menuruni tangga (3 tingkat) dengan pantas. Hampir sahaja kakiku tersilap anak tangga. Sampai sahaja di muka pintu, aku lihat cahaya matahari petang begitu indah. Tentu ini yang dimahukan katak tersebut.

Aku letakkannya di atas lantai dan bukakan bungkusan tersebut. Belumpun sempat bungkusan itu habis dibuka, katak tersebut terus melompat keluar daripada plastik dengan pantas. Aku dapat lihat betapa tingginya lompatan tersebut. Tidak seperti lompatannya ketika memanjat dinding sebentar tadi. Oh, gembiranya aku. Puas sungguh!

Aku sangkakan katak tersebut terus pergi meninggalkanku. Jadi aku tunggulah sebentar sehingga katak itu hilang daripada pandanganku. Namun, sangkaan ku sememangnya tidak tepat. Selepas melompat keluar daripada plastik tersebut, katak itu terus pusing menghadapku.

Kini, mata bertentang mata. Aku merenung matanya. Dia juga merenung mataku. Aku dapat lihat air matanya. Bergenang. Mukanya mengatakan terima kasih. Anak matanya jelas mengatakan dia sungguh berterima kasih. Aku merasa sungguh sedih dan sebak. Namun hatiku benar-benar gembira melihatnya kembali bebas.

"Tidak mengapalah, kamu sekarang dah bebas. Kamu pergilah kemana kamu suka. Satu sahaja pintaku, tolong doakan aku sentiasa supaya Allah sentiasa membantuku jika aku menghadapi belenggu" kataku padanya.

Seperti mendengar kata-kataku, dia terus pusing dan pergi meninggalkanku.

Katak, sungguh kau telah mengajar erti kehidupan kepadaku.

Kau ajarku untuk teruskan berusaha selagi termampu. Usah mengaku kalah selagi nyawa dikandung badan.

Kau ajarku untuk ucapkan terima kasih walau siapa sahaja yang membantu kita, walaupun kita tidak mengenalinya.

Kau memberikanku semangat untuk terus melakukan kebaikan, kerana aku yakin setiap kebaikan pasti ada ganjaran di sisi Tuhan.

- Artikel iluvislam.com

Biodata Penulis
Mohamad bin Mohshin Merupakan Master Trainer di syarikat latihan dan motivasi Alfaliheen Management. Syarikat kami fokus dalam meberi latihan kepimpinan terutama dalam Kursus Latihan Usrah Profesional. Beliau berkongsi karya di http://mohamadmohsin.blogspot.com

Tuesday, May 8, 2012

Tribute to My Lil Nasih 'Ulwan


Nasih 'Ulwan

Wajah wajah 'Ulwan yang ibu berjaya kumpul, cuma muka time mengamuk je ibu tak letak di sini, kalau tak bila besar nanti, 'Ulwan pun tau macam mana buruknya muka 'Ulwan bila mengamuk.. huhuhu

Cepatnya si kecik ni membesar.. sekarang dah jadi abang.. Semoga membesar bagai juara dan berjaya di akhirat dan di dunia, ye, moga 'Ulwan berjaya di akhirat dulu, baru fikir hal dunia.. kerana akhirat yang lebih pasti.. Salam sayang dari ibu di UUM, lepas ni kena buat tribute to Haneen pulak..

Monday, May 7, 2012

Haneen dah lega demam

Alhamdulillah, Haneen dah lega demam, ni first time si kecik ni demam teruk.. selalu light fever je sebab minum susu ibu, so antibody memang kuat la, sekarang bila dah berjauhan, mungkin disebabkan kurangnya bonding dengan ibu, anak ibu ni demam teruk.. kesian sangat..

Ibu pun terpaksa la ponteng kuliah seminggu sebab nak jaga anak dara kecik ni, nasib baik Abang Ulwan memahami, setiap kali nak kacau adik, ibu bagitau adik demam.. dia akan cakap "aneen emam ke bu? ok, sian aneen"

hehehe, sweet je ibu dengar..


dua budak tenit, comot makan apple..



besar gigi Haneen, anak manja abah..


Gambar Haneen kena buli dengan Mak Lang Nana, sebab tak nak senyum bila tangkap gambar... hahahaha..

kesian adik baru baik demam..

Rindu both of u Haneen n Ulwan, ibu dah kena sambung study, banyak assingment menanti..

From mommy at UUM..