CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, March 30, 2011

Pengalaman Bersalin Part 1

Alhamdulillah, saya dah selamat melahirkan anak kedua saya pada 25 Mac 2011 tepat 3:49 pagi hari Jumaat.. Sekali lagi Allah beri saya pengalaman indah melahirkan insan yang selama 9 bulan dinanti. Tapi saya rasa nak cerita pengalaman saya melahirkan anak pertama dulu la...

11 Oktober 2009

0000am: Baru lepas tengok Cerekarama di TV3, masa tu yang berlakon Fasha Sandha dan Fahrin, saya layan cerita ni dengan suami.. Memang best la, gelak2.. sebab cerita lawak. Lepas tu, tiba2 rasa nak muntah2 pulak, bila muntah tu macam ada air keluar sikit.. Apalagi, terus ajak suami dan mak saya pegi hospital.. Padahal tak de rasa sakit apa pun lagi time ni, biasala.. tak sabar nak bersalin, anak first!!! Buat CTG, check jalan, doctor kata dah 2cm.. Tapi still confius, tak sakit pun.. Dalam hati kata, bestnya.. idok la sakit sangat nak bersalin rupanya.. hehehe.

0200: Mula rasa sakit datang.. Datang dari bwh perut macam senggugut, bwk ke pinggang.. tapi still boleh tahan lagi.. sementara tunggu urusan admit ke ward.

0900: Rasa sakit dah mula kuat, waaa.. agak boleh tahan sakitnya, tu la cakap besar lagi!! Nurse datang buat CTG, and pegang2 perut, nak check contraction, dia dengan selambanye kata perut saya lembik2 macam tembikai je.. Ok lagi ni, lambat lagi nak bersalin.. Hampeh!! Lain kali, bagi la moral support sikit..

1000: Doctor datang kata nak check jalan, doctor kata dah 5 cm, tolak ke labour room now!! terkezut nurse yang kata perutku macam tembikai.. siap minta maaf lagi masa tolak aku gi labour room..

1100: Mula la segala prosedur bersalin, pecahkan air ketuban.. Dan saya yang mengeliat2 menahan sakit.. di mulut hanya nama Allah sahaja.. Sakit sungguh.. tak terkata!!! Masa ni ingat wajah ibuku yang tersayang, terima kasih mak, lahirkan saya ke dunia!!! Sungguh! Ikhlas dari anakmu ini...

Pukul berapa ntah: Nurse datang check progress aku.. Terkejut dia tengok keadaan bilik aku yang macam dilanggar Garuda, cadar semua ntah ke mana.. Fuh!! memang sungguh aku menahan sakit, macam nyawa nak ditarik, tak cukup nafas rasanya nak disedut bagi melawan kesakitan.. Mungkin sebab terlalu kesian tengok keadaan saya begitu, nurse cucuk pain killer.. Boleh la lelap jap, walaupun bila sakit tu datang 3 minit sekali, saya akan tersedar dan mengucap..

Rasa sangat nak meneran dah ni, tapi bila saya buka mata, bilik saya kosong, semua orang tak da.. Masa ni, saya tak tau pun yang suami boleh masuk teman Isteri.. Kalau saya tahu, dari awal lagi saya panggil, biar dia tengok pengorbanan Isteri dia yang berjuang mengeluarkan anak.. Bila nurse masuk, kepala baby dah nampak pun.. Serta merta, dua tiga orang lagi nurse datang.. Memberi sokongan supaya saya meneran.. Tapi dengan tiba2, saya tak sakit apa pun, langsung tak sakit dan tak da gesaan nak meneran.. Mungkin Allah bagi kerehatan pada saya.. Saya push sendiri baby sampai keluar, rasanya mau dekat 10 kali push.. Nurse dah marah2 dah, salah push la, rileks sangat la.. Sungguh, saya memang tak tau cara push sebenar.. Hehehe.. Tapi keluar juga la anak saya..

Saya pun dijahit, sungguh saya katakan, saya tak sakit langsung masa kena jahit, saya rasa mungkin juga kesan pain killer.. Saya rileks je dijahit, sambil mamai.. Fikir lepas ni tanggungjawab sebagai ibu.. Dan bila nurse datang letak baby atas dada, saya rasa sangat sayu, bila baby menangis, saya rasa sangat malu nak cakap "shhhh... ibu ada, jangan menangis!!!" . Saya rasa macam nak cakap, " Jangan nangis, kakak ada ni" hehehe.. boleh tak?

Sekarang si kecik bertuah tu, dah berusia 1 tahun 5 bulan, namanya Nasih Ulwan.. dah jadi abang pada usia muda, lupa saya nak bagitau, kami suami isteri memang tak tau nak dapat anak lelaki, kerana si kecik memang sentiasa tutup dia punya dengan kaki setiap kali scan..Hehehe..

Buat Ulwan, bulan depan cucuk ye, 1 tahun 6 bulan dah!! kena cucuk lagi... Sayang Ulwan!!!!

Thursday, March 3, 2011

Abang Besar

Waa.. ibu sekarang memang boleh berehat dan bersenang lenang di kerusi belakang, boleh lujur kaki, tongeng2.. dkt seat belakang, kerana ibu dah ada Abang Long yang boleh diharap teman abah drive.. Nanti abah bawak laju,sape nak cubit abah? Abah mengantuk,sape nak tegur abah? sembang2 dengan abah?

Nampaknya Ulwan dah ambik alih tugas ibu..

Muka manis yang menghilangkan mengantuk abah, dan buat abah beringat-ingat tak drive laju2..

Ulwan,buat gaya orang kaya tidur.. Ini lah yang akan dilakukan setiap kali..


 Betulka orang kaya tidur gayanya mcm Ulwan buat ni? hehehe.. Siapa bgtau anak ibu?
Apa kerja ibu di seat belakang? Mestila tidoooo... hahaha