CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, February 28, 2014

Tips Anak Mudah Makan Sayur




Assalamualaikum semua,

Saya sepertimana ibu bapa lain, mengalami masalah anak-anak tak suka makan sayur.. Terutama Ulwan!! Badan dah kurus sangat dah, susah sangat nak ajak dia makan nasi.. 😔😔


Adik lagi besar dan debab dari abang, pergi jalan-jalan mana2, orang akan kata Haneen kakak ataupun, orang tanya kembar ke??

Haseef senang je.. Sebab masih baby, kita bubuh je sayur dalam bubur dia.. Yang besar ni yang susahnya Alahaiii..

Ini tips dari buku PaMa untuk mudahkan anak kita makan sayur..
Tips no 1 tu,saya ada guna pada Ulwan.. Hari tu pasang Youtube bagi dia tengok Cartoon Popeye, popeye kuat sebab makan Spinach (bayam). Terus dia suka makan bayam.. Heheehe..

 

Kebiasaannya si anak akan berfikir seketika sama ada hendak menjadi kuat seperti superhero pujaan atau membiarkan sahaja kata-kata ibu. Ada ibu yang bernasib baik apabila si kecil dengan pantas makan sayuran tersebut kerana terpengaruh dengan kata-katanya tetapi ada juga yang langsung tidak terkesan dengan pujukan ibu.

 

Seringkali kita mendengar ibu mengomel mengenai anak kesayangan yang tidak suka menjamah sayur-sayuran yang dihidang. Bagaimana hendak membesar dengan sihat jika sayur langsung tidak mahu dimakan. Risaunya ibu! Sudah bermacam dipujuk tetapi mereka tetap tegar menolak sayur.

 

Walaupun mungkin bagi sesetengah ibu, sudah mempraktiskan tip mengajak anak makan sayuran tetapi dikongsikan lagi beberapa tip yang mungkin boleh diguna pakai sekali lagi.

 

Sembunyikan sayuran

 

Menghidangkan sayuran secara terus kepada anak-anak bukan satu langkah yang tepat. Di sini anda memerlukan taktik untuk mengumpan mereka. Apa kata sembunyikan sayuran tersebut di sebalik makanan kegemaran mereka seperti ayam, ikan, daging, udang dan sebagainya. Secara tidak langsung mereka tetap mendapat khasiat sayuran tersebut tanpa sengaja.

 

Hiasan menarik

 

Anak kecil memang mudah terpengaruh dengan sesuatu yang menarik. Mungkin warna dan bentuk sayuran yang hijau dan rasanya yang agak pahit tidak menarik perhatian mereka. Apa kata anda menjadi kreatif dengan mencipta pelbagai bentuk menggunakan sayur-sayuran untuk menarik minat mereka menjamahnya. Mana tahu idea ini menjadi!

 

Jus buah dan sayur

 

Kanak-kanak amat menggemari jus buah-buahan. Mungkin rasanya yang masam manis serasi dengan citarasa mereka. Oleh itu gunakan kelebihan ini untuk menggabungkan buah dan sayuran dalam bentuk jus. Selain boleh dihidang sebagai jus segar, anda boleh juga membekukan sehingga menjadi aiskrim dan pasti si kecil lebih tertarik untuk mencuba.


Usahalah sehabis daya, yang penting usaha, lebih baik kita bagi anak kita makan dan dapat khasiat dari "real food", mana yang rasa tak cukup, tampung lah dengan vitamin.. InshaAllah sihat anak-anak kita..