CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, August 24, 2011

|| 150 juta kali...||

Masa berbuka puasa hari tu, saya tegur suami saya yang selalu berwajah serius!! Hehe..
" Nasib baik la adik Haneen ni suka senyum, kalau tak mesti garang je muka dia sebab ikut muka abang!!"
" Ulwan ikut muka ibu, comel je sentiasa"..
Suami saya jawab sambil senyum2 simpul " Pernah dengar tak lagu 150 juta kali?"
Saya jawab " Tak".. " Cuba dengar, mesti akan bersetuju dengan lagu tu" balas suami saya..

Buat yang mengenali suami saya, tau lah macam mana perangai suami saya kan??? Encik Hisom yang amat garang!! Jadi apa yang terkandung dalam lagu 150 juta kali itu??

Dengar lah lagu ini.. apa komen anda Raihana Abdul Wahab??? hehehe





Yang mustahilnya ialah, suami saya tak pernah tengok atau layan cerita Korea.. so macam mana mau nangis???

Sunday, August 14, 2011

~Raya 2010 yang lalu~

Raya tahun lepas aka tahun 2010, keluarga saya memilih tema warna kuning.. Nasib baik masa tu pemakai baju kuning tak ditangkap, kalau tak.. beraya di lokap la kami sekeluarga kikkikik...

Sebenarnya, saya tak sangka jugak yang suami saya boleh terima idea tema2 ni ( suami saya serius orangnya).. hahahaha.. Tak kisah la kan, layan je la gambar ni ye, gambar lapuk!!



Raya 2009, tema ungu, mengandung Ulwan 9 bulan!!



Masa ni, saya tengah mengandung Haneen 3 bulan.. Ulwan pun nampak kecik lagi masa ni.. Sekarang setelah ada adik, Ulwan nampak macam abang kecik yang sangat nakal, dan kerenahnya membuatkan ibu sentiasa beristighfar.. Fuhhh.. Lap peluh.. hehehe ( gambar diambil di rumah tok ngah saya ) adik ibu ayah saya.. fahamkan???? hehehe



Tahun lepas giliran raya di Bagan Serai, kampung abah saya.. Jadi tahun ni, giliran beraya di Pahang la, sob..sob.. sedih. Kampung abah ada pemandangan kampung yang amat superb!! sawah padi dan tali air atau sungai.. Tali air di belakang kami dulu sangat jernih airnya, dan pernah menjadi tempat saya dan sepupu berkubang, best woo!!! hehehe

Adik beradik abah ada 12 orang semuanya, jadi bayangkanlah macam mana situasinya kalau semua berhimpun.. penuh kasut dan selipar kat depan pintu.. Rasanya pencuri pun tak berani masuk, sebab orang penuh rumah, penuh bilik, dari ruang tamu sampai dapur.. hahaha..


I tell u, ni baru separuh!!!!


Gedik semuanya!!


Aksi panas adik Wajdi.. hehehe

Itu je la kot.. Salam Ramadhan!!







Thursday, August 11, 2011

Roti Arab Goreng

Semalam masa saya google cara2 nak buat cendol, ternampak pulak gambar roti arab goreng ni.. Nampak macam sedap je, mesti best kalau makan dengan kari daging. Hehehe.. Walaupun ini adalah entry pertama saya berkaitan makanan dan masakan, tidak bererti saya malas masak ye.. ngeh ngeh..

Cuma segan je nak share, ok ni cara membuatnya :

Bahan-bahan ( 16 biji )

BAHAN A :
1 peket (11gm) yis mauripan
1 Sb gula
1/4 cawan air

BAHAN B :
500 gm tepung gandum
1 sk garam
1 sb gula
2 sb marjerin @ mentega
200 ml susu cair
minyak utk menggoreng
Air secukupnya -masukkan sikit -sikit semasa menguli.


Cara-cara

penyediaan yis (bahan A):masukkan yis dlm mangkuk + gula + air dan kacau. tutup dan biarkan sebentar.yis yg elok ia akan berbuih.

Tepung gandum + gula + garam + marjerin ,gaul sebentar dan masukkan bancuhan yis tadi.
kemudian masukkan susu.sambil tu tambah air sedikit2.uli hingga jadi doh.

Doh harus lah lembut dari doh roti canai.tak perlu uli hingga licin spt buat roti2 lain.tak mengapa jika adunan melekat ditangan,jgn tambah tepung.


tutup dengan kain lembab dan perap selama 1 jam.

selesai perap,tumbuk2 kan doh utk mengeluarkan angin dan bahagikan kepada 16 ketul.buat bulat2.
Ambil sebiji dan canai.jgn terlalu nipis.agak2 sndir lah ye..!kemudian letak di dlm dulang yg telah ditabur sedikit tepung.canai hingga habis.

bila selesai semuanya boleh digoreng.semasa menggoreng simbah2 kan minyak ke atas roti dan ia akan mengelembung.api jgn terlalu kuat sbb jika minyak terlalu panas roti x sempat kembung.

alih2 kan roti dan masak hinga kekuningan.angkat dan toskan.siap utk dihidang.



Boleh la test resepi ni buat juadah berbuka puasa petang ni ye puan-puan " Ketuk- Ketuk Ramadhan"

::Jom Buka Minda::



Mari meramaikan Forum menjana minda bertajuk " MALAYSIA; KE ARAH KEMATANGAN BERNEGARA".. dikupas oleh ahli2 Panel yang mantap!! dan paling penting, abah Ulwan adalah salah seorang ahli Panel.. =)

Saturday, August 6, 2011

Dua Tahun Setengah

Rupanya perkahwinan yang saya bina bersama Mr Husband telah pun menjangkau dua tahun setengah, pelbagai rintangan, dan asam garam alam perkahwinan telah kami lalui. Kata orang, the first 5 years yang sungguh menduga.. Moga Allah panjangkan usia perkahwinan kami, dan Mr husband terus diteguhkan iman supaya boleh menjadi "imam" muda keluarga kecik ni..

Sekarang saya sedang berjauhan dengan Mr Husband, maka mode pun ala2 melankolik.. kihkih.. Tak salah kan teringat pada suami sendiri ? Dapat pahala lagi.. hehe. Mula la nak imbau zaman muda - mudi dulu, zaman2 menjadi anak dara jelita, bukan seperti sekarang, dah shomot syikit.. hehehe ( blamed Ulwan and Haneen ).
Time jelita.. hehe


Ibu yang pendek, kalau tinggi sure murah rezeki.. 

Dan sepanjang dua tahun setengah ni, saya dan suami telah dikurniakan dua cahaya mata Nasih 'Ulwan (penasihat tertinggi) juga Haneen (kerinduan). Sungguh tak disangka!!! Ketiga ??? nantilah dua atau tiga tahun lagi ye.. Nak merehatkan badan kejap.. kihkih..


Ulwan.. (11-10-2009)
Haneen (25-3-2011)

Dua permata hati inilah yang menjadi pengerat kasih sayang di antara kami, gelagat Ulwan yang selalu buat kami gelak sakan.. Nampak laptop atau PC je, mula la " Bu... bush.." sebenarnya bus.. Suka sangat dengan lagu wheels on the bus.. "ell on bush lound,lound,lound".. Kekadang sampai saya sorok laptop dan kami berdua elakkan dari TER menyanyi lagu ni secara tidak sengaja, kalau tak ada yang terpaksa duduk depan laptop buka youtube selama berjam2 lamanya!!! Hahaha.. maafkan ibu ye Ulwan!!

Wheels on the bus go round, round, round and round, all through the town!!!



Hajjah!!!

Haneen dan Ibu 

Ulwan dan abah..

Perbualan di telefon pun dah bertukar, dulu tanya khabar ibu dulu, sekarang belum apa2 lagi dah tanya "anak2 mcm mana?" hahaha.. Romantik pun dah ala2 kurang.. tapi bahagia tu bertambah, kasih sayang dan kepercayaan between each other!!

Manja abah..


Adik Haneen mesti tido time jalan2..dan ibu yang dah shomot!!


Hero abah!!!
Terima Kasih ya Allah, atas kurniaanMU, anak2 yang sihat dan keluarga yang bahagia!! 







Friday, August 5, 2011

Adik Haneen dan Breastflow Bottle

Assalamualaikum.. Salam ceria di hari Jumaat, sedar tak sedar dah 4 bulan usia adik Haneen, dan sepanjang 4 bulan ni,  Alhamdulillah, mulut adik Haneen tak merasa lagi FM (Formula Milk). Syukur pada rezeki yang diberi untuk adik Haneen ibu ni..

Cuma yang menjadi masalahnya ialah apabila Haneen tak mau langsung minum susu dari botol, saya pula berkemungkinan sambung belajar. Jadi bila nak tinggal adik Haneen nanti, takut pulak dia kelaparan dan tak berenti nangis..

Terpaksalah saya google untuk mencari puting susu paling terbaik untuk baby yang baru kali pertama nak mengenali puting susu.. Dan saya terjumpa dengan Breastflow Bottle dari The First Year..

Boleh nampak ada dua puting kan? Satu puting di dalam untuk mengawal pengeluaran susu ke puting di luar, fungsinya ialah susu hanya akan keluar bila baby hisap susu saja, dan tak keluar selagi tidak dirangsang oleh hisapan baby. Dari review2 yang saya baca, banyak yang memberi 5 bintang kepada botol ni.. Boleh kata seperti minum susu ibu secara direct la.. Saya belum cuba lagi, Insyaallah bila saya dah cuba nanti saya akan kongsikan di sini.. supaya pengalaman yang kita ada, boleh dibuat panduan kepada ibu2 lain yang mengalami masalah sama seperti saya..

Sebenarnya, jika dilihat dari pengamalan pemberian susu ibu, botol susu adalah dilarang sama sekali, takut baby keliru puting.. Tetapi tak semua babysitter sanggup nak mengikut peraturan yang kita dah aturkan. Diharap adik Haneen minum la susu dari botol lepas ni ye, jangan risau!! kandungannya masih susu ibu, bukan  FM!! Titipan ibu untuk adik Haneen, biar kita jauh, tapi Haneen masih merasai kehadiran ibu di sisi..


Adik Haneen yang semakin tembam!!! 6 kg already, lagi 4 kilo sama berat dengan Abang Ulwan!!

Demi anak2, apa saja sanggup ibu lakukan, hehehe.. ( tak tido malam, pulun search the best bottle)