CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, August 5, 2011

Adik Haneen dan Breastflow Bottle

Assalamualaikum.. Salam ceria di hari Jumaat, sedar tak sedar dah 4 bulan usia adik Haneen, dan sepanjang 4 bulan ni,  Alhamdulillah, mulut adik Haneen tak merasa lagi FM (Formula Milk). Syukur pada rezeki yang diberi untuk adik Haneen ibu ni..

Cuma yang menjadi masalahnya ialah apabila Haneen tak mau langsung minum susu dari botol, saya pula berkemungkinan sambung belajar. Jadi bila nak tinggal adik Haneen nanti, takut pulak dia kelaparan dan tak berenti nangis..

Terpaksalah saya google untuk mencari puting susu paling terbaik untuk baby yang baru kali pertama nak mengenali puting susu.. Dan saya terjumpa dengan Breastflow Bottle dari The First Year..

Boleh nampak ada dua puting kan? Satu puting di dalam untuk mengawal pengeluaran susu ke puting di luar, fungsinya ialah susu hanya akan keluar bila baby hisap susu saja, dan tak keluar selagi tidak dirangsang oleh hisapan baby. Dari review2 yang saya baca, banyak yang memberi 5 bintang kepada botol ni.. Boleh kata seperti minum susu ibu secara direct la.. Saya belum cuba lagi, Insyaallah bila saya dah cuba nanti saya akan kongsikan di sini.. supaya pengalaman yang kita ada, boleh dibuat panduan kepada ibu2 lain yang mengalami masalah sama seperti saya..

Sebenarnya, jika dilihat dari pengamalan pemberian susu ibu, botol susu adalah dilarang sama sekali, takut baby keliru puting.. Tetapi tak semua babysitter sanggup nak mengikut peraturan yang kita dah aturkan. Diharap adik Haneen minum la susu dari botol lepas ni ye, jangan risau!! kandungannya masih susu ibu, bukan  FM!! Titipan ibu untuk adik Haneen, biar kita jauh, tapi Haneen masih merasai kehadiran ibu di sisi..


Adik Haneen yang semakin tembam!!! 6 kg already, lagi 4 kilo sama berat dengan Abang Ulwan!!

Demi anak2, apa saja sanggup ibu lakukan, hehehe.. ( tak tido malam, pulun search the best bottle)


No comments: