CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, November 5, 2012

Perlu Stroller lagi ke???

Jarak antara Ulwan dan Haneen, memang rapat, masa Ulwan 1 tahun 5 bulan dah pun dapat Haneen.. Stroller memang dah jadi keperluan wajib kalau ke mana2.. Dulu kami ada single stroller Anakku, tapi disebabkan bila adik naik stroller, abang pun naik, kami mula pening, macam mana la nak buat ni...

Lenguh tau dukung Haneen, even masa tu kecik cenonet, saya pulak selalu kena tinggal dgn husband, amat susah la nak manage 2 baby bila nak keluar beli barang, sorang kena dukung, sorang nak naik stroller, mana nak tolak stroller dan mana pulak nak tolak troley....

Penyelesaianya ialah, TWIN STROLLER!!!! Setelah diteliti, twin stroller ni, mempunyai kelebaran yang agak luas, jadi kami prefer to have phil in teds in the house!!!

Tadaaaa!!!!


Vibe Version

verangan jadi macam mak budak2 ni, bila pakai vibe... meheehehehe...


Mula2, i rajin la, install back seat untuk Haneen.. Budak2 dua orang ni pun, layan je kalau time i shopping
tu, tiada istilah cranky dalam hidup mereka... ceeeewahhh!!!




Bila malas melanda, i sumbat je ini dua orang dok depan, hahaha... still ok je tu kan??? Tapi masalahnya bila guna vibe ni, Ya Allah, Maha gedabaknya stroller ni, kalau dah letak dalam bonet tu, barang lain tinggal seciput je ruang, memang stroller ni suitable for jalan2 at shopping complex je, if u ollss nak bwk balik kampung, ya ampun!!! 

when u folds, it will looks like this



Nampak macam slim kan?? tapi suami ku je la boleh lipat serapat dan seslim ini, nak harap i lipat???? hehehe....

Sekarang dua beradik ni pun dah besar, dan cerdik belaka... Tinggal yang dalam perut ni je yang memerlukan stroller, so saya ingat macam nak let go this stroller...

Bila disampaikan hajat itu kepada boss, boss kata

******






*******




**********

"Buat apa nak let juai??? Ramai lagi bala tentera nak mai ni!!! " ( Mengucap dan terkedu seketika mendengarnya)



Bye... Bye....





Friday, November 2, 2012

My Dream Kids Wardrobe

Saya perlukan almari untuk 2 kids yang telah pun wujud di dunia ini, dan seorang yang sedang bersenang lenang dalam perut!!!

Aiyooo... Pregnant lagi ke??? Bila nak stop ni?? Merintih sendiri tapi tiada siapa peduli (khas untuk suamiku yang verangan nak anak 10!!)

Ye, untuk memastikan hidupku aman damai di masa hadapan, saya sedang mengintai pelbagai jenis almari untuk menyimpan baju2 anak saya yang telah melambak. Ada yang dah tak boleh pakai pun


Saya tak nak almari macam ni, sebab utamanya ialah, di mana akan ku campakkan almari ini bila anak-anak dah tua bangka nanti?? Ada lagi ke yang nak pakai almari macam ni, kalau nak pass kepada cucu pun, maybe masa tu dah reput.. Dan kami telah ada pengalaman guna almari macam ni, pindah sana,pindah sini, terburai akhirnya.

Maka dengan itu saya bercita-cita tinggi untuk memiliki almari ini, bukan 1, bukan 2, tetapi 3!!! tamak tak??? Untuk 3 orang anak.. Adil kan?? Reka bentuk casual, so sesuai sepanjang zaman. 

STUVA Storage combination w doors/drawers IKEA Doors with integrated damper for silent and soft closing.

STUVA from Ikea
RM465 each x 3 = 1395 (senang somi buat simpanan)

Bahagian atas sesuai untuk baju jalan2 yang perlu digantung, dan 2 drawer di bawah untuk simpan baju pakai hari, towel dan sebagainya.. Sampai sekolah nanti pun boleh guna lagi.. Bestnya!!!