CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, November 2, 2012

My Dream Kids Wardrobe

Saya perlukan almari untuk 2 kids yang telah pun wujud di dunia ini, dan seorang yang sedang bersenang lenang dalam perut!!!

Aiyooo... Pregnant lagi ke??? Bila nak stop ni?? Merintih sendiri tapi tiada siapa peduli (khas untuk suamiku yang verangan nak anak 10!!)

Ye, untuk memastikan hidupku aman damai di masa hadapan, saya sedang mengintai pelbagai jenis almari untuk menyimpan baju2 anak saya yang telah melambak. Ada yang dah tak boleh pakai pun


Saya tak nak almari macam ni, sebab utamanya ialah, di mana akan ku campakkan almari ini bila anak-anak dah tua bangka nanti?? Ada lagi ke yang nak pakai almari macam ni, kalau nak pass kepada cucu pun, maybe masa tu dah reput.. Dan kami telah ada pengalaman guna almari macam ni, pindah sana,pindah sini, terburai akhirnya.

Maka dengan itu saya bercita-cita tinggi untuk memiliki almari ini, bukan 1, bukan 2, tetapi 3!!! tamak tak??? Untuk 3 orang anak.. Adil kan?? Reka bentuk casual, so sesuai sepanjang zaman. 

STUVA Storage combination w doors/drawers IKEA Doors with integrated damper for silent and soft closing.

STUVA from Ikea
RM465 each x 3 = 1395 (senang somi buat simpanan)

Bahagian atas sesuai untuk baju jalan2 yang perlu digantung, dan 2 drawer di bawah untuk simpan baju pakai hari, towel dan sebagainya.. Sampai sekolah nanti pun boleh guna lagi.. Bestnya!!!
 

No comments: