CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, December 1, 2012

Goverment vs Private

Goverment vs Private Hospital

Saya melahirkan Ulwan dan Haneen di GH Ipoh, Alhamdulillah.. Tak ada pun saya jumpa lagi nurse mulut lazer.. Semuanya baik, kata2 mereka tu boleh diterima akal dan tahap kesabaran saya

Ialah, cuma bila ramai patient, memang kita akan kurang dilayan.. Katil tak cukup, dah nak bersalin sangat2 pun, dia suruh hold dulu.. Mana boleh tahan kalau dh memang nak bersalin.. Tapi, Ulwan dan Haneen selamat lahir, ulwan dgn bantuan pethidine dan Haneen no drugs at all.. Memang kaw2 sakit dan hazab.. Hehee

Jadi saya, memang dari sebelum pregnant ke tiga ni dah mintak pd suami nak bersalin dkt private.. Hint suruh dia kumpul duit.. Hehe..

Nak dijadikan cerita, saya tak sedar pun saya pregnant kali ni, ye la sbb tgh buat DPLI, nasib baik program kali ni benarkan bersalin dgn cuti hanya 2 minggu sahaja ye..

Sambung balik, saya punya la tak tau saya pregnant, saya pegi minum air ubat periuk, dlm tu siap ada daun "gajah beranak" lagi.. Sbb saya rasa tak selesa bhg perut, igt rahim jatuh.. Saya terkulai tak larat siap nangis lagi mengenang nasib diri yg entah tak tau sakit apa.. Siap posting dlm fb, menyalahkan rebung, igt rebung punca saya jd tak tentu arah..

Dlm pada tu juga, saya kerap mimpi bersalin di goverment hospital dgn nurse yg garang dan doktor yg bengis.. Hahaha.. Saya mengadu pada suami.. " abang, saya mimpi bersalin dkt hospital kerajaan la" dia senyum je, malas nk layan la tu

Esoknya, kawan suami ajak kami berbuka puasa di Golok, huh, saya tak ada selera langsung tgok tomyam, ikan siakap dn mcm2 lg la lauk pauk yg ada, saya merintih dalam hati "Ya Allah, bila la kesan rebung ni nak reda" salahkan rebung lagi.. Selesai solat maghrib, isteri kawan suami saya singgaj di farmasi, nak beli obimin, saya pun, tumpang beli UPT, sbb badan mmg rasa lain macam.. Hati ni berkata, mungkin aku ni pregnant kot

Balik dari golok, saya masuk bilik air dan buat upt test, sangat terkedu bila 2 line muncul "Allah, aku belum sedia lagi nak menempuh kesakitan" lepas perit lahirkan Haneen..

Keluar tu saya pukul suami ( manja2 la) dan bgtau dia saya pregnant. Dia boleh relax je.. Seronok sgt dia!! Saya pulak risau dgn program DPLI yg masih lagi berbaki setahun.. Awal pregnancy, saya mmg tak bersemangat, kdg2 syaitan tu dtg, suruh saya mkn mcm2 utk gugurkan kandungan, jiwa ni kosong, bila saya cari sumber di internet, pregnant blues ni common, biasa terjadi pada mommy2 yg nak melahirkan kali ke2 dan ke3, sbb dh tau mcm mana sakit bersalin sebelum ni

Kali ni saya akn bersalin di Arridzuan Hospital, insyaallah.. Pada mulanya saya bercadang nk bersalin di Ipoh Specialist, so pg la check up dgn Dr. Sharifah, tapi disebabkan suami saya mcm tak favour ipoh specialist, saya nak tukar ke Arridzuan, lebih islamic..

Doakan saya dapat melahirkan secara normal pada March 2013.. Panjang pulak entri ni