CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, November 11, 2010

Allah dan Perkara Ghaib

Ulwan makin hari makin besar, dan setiap hari dia menunjukkan sifat inquiry yang sangat tinggi..
Itu belum boleh bercakap lagi,kalau dah bercakap nanti,mesti banyak soalan dan persoalannya.. Teringat saya kisah kawan saya, anak dia tanya kenapa motor tak ada pintu macam kereta.. Fuhh!!! Kena memikir dengan penuh logik ,sebelum beri jawapan terbaik.. "motor kan dua tayar je,kalau ada pintu,nanti bila jatuh susah la,kalau tak ada pintu,kaki kita boleh halang motor dari jatuh"

Itu soalan duniawi yang kita boleh fikir jawapannya.. Tapi macam mana pulak kalau soalan tentang Allah dan Alam Ghaib?? Kalau tak cukup ilmu, tentu susah kita nak jawab..

Itulah antara sebab saya membaca buku ni, sebagai persediaan untuk menjawab segala persoalan Ulwan dan adik2nya tentang Allah dan Alam Ghaib..

Kata buku ini,tak salah bila kita menjawab begini bila ditanya oleh anak kita "Ibu pun tak tahu la, tapi apa kata kita sama2 cari jawapannya"..

Menurut buku ini lagi, bila anak2 menunjukkan minat mengetahui tentang Allah, syukurlah,kerana sesungguhnya Allah sedang limpahkan rahmat ke atas keluarga kita,Allah berikan kita anak yang mempunyai semangat ingin tahu tentang pencipta-Nya.

P/s: teringat saya gelagat Ulwan yang tertonggeng2 meniru kami sujud dan ruku'.. Sejuk hati,bila anak sekecil itu,tahu meniru perbuatan solat,walau dia sendiri masih belum memahami... Wallahualam..

Friday, November 5, 2010

Babywearing

 Memakai bayi anda.. dengar bunyi macam pelik je kan.. Tapi saya tahu,kawan2 saya semua dah tahu dan lebih arif berbanding saya mengenai babywearing.. 










Babywearing ni bagus, memang la nampak macam bibik indon.. Tetapi kebaikan babywearing mengatasi semua itu, ia membuatkan bayi kita more calm.. Disebabkan sudah terbiasa dengan haba badan, bau, degupan jantung dan suara ibu semasa dalam kandungan..


Anda tengok gambar saya, macam bibik indon atau saya nampak bergaya memakai Ulwan di badan saya? hehehe.. Back To Natural guys...

















Monday, August 23, 2010

'Ulwan di Ramadhan..

'ulwan di ramadhan ni ceria.. Ibu dan abah balik kerja awal,dapat luangkan lebihhh masa bersama anak ibu..
'ulwan di ramadhan ni banyak membantu,langsung tak pernah terjaga tidur dan nangis masa ibu dan abah bersahur..
Ulwan di ramadhan ini makin lincah,dah berjaya melangkah setapak dua.. Yeaaayy!!!
Ulwan di ramadhan ni bertuah,dah ada baju raya,sedang ibu dan abah masih belum ada baju raya lagi..
Ulwan di ramadhan ni,senyumannya makin manis di pandang mata..
Bersyukurlah ulwan,nasib ulwan tak seperti kawan2 ulwan yang dibuang pada bulan Ramadhan ini.. Ulwan masih ada abah dan ibu yang amat menyayangimu.. Tebarkanlah senyuman manismu untuk abah dan ibu,moga hilang lelah di bulan mulia ini...

Sunday, June 6, 2010

Kuala Sepetang

Apa lagi yang hebat dekat Kuala Sepetang kalau bukan Mee Udang.. Perjalanan kami ke Kuala Sepetang pada hari tu ditemani hujan lebat.. Masa gambar ni diambil, saya paksa suami saya perlahankan kereta,saya nak ambil gambar signboard tu.. "perlahan sikit abang, blogger nak buat keje ni". Suami saya terus berhentikan kereta... Hahahaha.. Terima kasih kerna memahami..

Pada mulanya Mak Yang Ulwan nak beli buku dekat Taiping, kampung tok saya di Bagan Serai, dekat dengan Taiping... Selalu dengar orang bercerita pasal kedai Doli kuewtow (betul ke saya eja?) dekat Taiping.. Tapi kami pusing2 satu Taiping tak jumpa la pulak Jadi kami tukar plan.. Makan Mee Udang Banjir di Kuala Sepetang..

Kami ikut kereta Abah, Tuan Besar yang nak belanja kami makan mee udang.. Suami saya kata " waa... berbaloi2.. la hari ni"...

Ini lah kedai Mee Udang yang kami pilih dari berpuluh Kedai Mee Udang yang ada di Kuala Sepetang.. Since 1956 tu yang buat kami tak tahan.. tertelan air liur dibuatnya..

Sementara tunggu Mee Udang sampai, kami berposing2 dulu... hehehe...

Ini lah rupa Mee Udang yang di tunggu.. Nyum2....

Tapi dalam pada semua orang order Mee Udang, ada sorang budak pelik pakai baju warna merah order mee goreng... Adik2...

Kami pulang kekenyangan.. Alhamdulillah..











Monday, May 10, 2010

Student Kecik..

Gambar ni di ambik masa ibu dan abah Ulwan g jejalan kat IKEA.. Berbulu mata tengok deco yg cumel2... Tapi kitorang tak mampu la kot, tunggu la bila dah ada rumah sendiri nanti... Bulat tak mata Ulwan? hehehe... Ulwan nak dapatkan feel study ni...

Monday, March 29, 2010

13 March 10

13 march 10 hari tu,kami ramai2 ke Kedah,pegi kenduri Abg Zul,sepupu saya..


Bila sampai je, kebetulan pelam tengah memutik, memang lazat dimakan dengan sambal colek.. hehehe...


tengok ni, duduk bersimpuh.. Sopan tak suami saya?

Esoknya kami siap2 nak pegi rumah orang kenduri.. Nak serang nasi minyak.. Ni kenduri Wa( panggilan anak sulung) yang last,anak bongsu dia kawin.. Mestilah meriah dan banyak menu best kan????


anak dara mana ni? comelnya.. hehehe.. semangat bergambar dlm panas.

Dan gambar kenangan di rumah kenduri...



Malam tu kami pegi rumah moyang Ulwan,tido kat sana.. Biasala bila dah balik Kedah,ramai sangat sanak saudara yang perlu diziarah (Mak saya orang Kedah). Penat sangat sampai tak ingat apa2 dah,letak je kepala atas bantal,kami terus berpindah ke alam lain.. hehehe

p/s: ok, cukup2 lah,nanti saya sambung lagi ye...

Sunday, March 28, 2010

Cepatnya

Cepatnya Ulwan membesar.. Ulwan sekarang dah 5 bulan,dan lagi beberapa hari saja nak masuk 6 bulan.. Satu pagi tu masa tengah sebok buat sarapan.. ( Buat ke? Tak buat pun,suami beli roti canai, saya buh dalam pinggan je ) hahaha... Sambung balik,inilah yang terjadi




Bila balik rumah Mak Tok dekat Ipoh, Ulwan tambah dose lagi bagi orang semua geram tengok gaya dia... hehehe...

Tolong!!!Ngantuk lagi la...


Ish, sape buka lampu ni?



Nampak muka dia ada garis...

Tuesday, February 23, 2010

Semasa Kunjungan Ke Kelantan


Ulwan terbang tinggi tak Ibu?


kenapa mulut mcm tu?

saya pandai berenang la...


3 orang yang sdg fokus..


Mood tak baik la..


fikir masa depan


ulwan ikut muka ibu ke abah ye?

Tuesday, January 5, 2010

Wajah Putera Hati

Nasih 'Ulwan.. dari kecik sampai usianya 2 bulan..

Monday, January 4, 2010

Memori R@y@ 2009!!

..'BIG FAMILY' sebelah ayah saya..


..budak2 kecik ramai kt rumah tok saya..


..First raya bersama..


..Family saya..


Minta maaf ye....