CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, June 6, 2010

Kuala Sepetang

Apa lagi yang hebat dekat Kuala Sepetang kalau bukan Mee Udang.. Perjalanan kami ke Kuala Sepetang pada hari tu ditemani hujan lebat.. Masa gambar ni diambil, saya paksa suami saya perlahankan kereta,saya nak ambil gambar signboard tu.. "perlahan sikit abang, blogger nak buat keje ni". Suami saya terus berhentikan kereta... Hahahaha.. Terima kasih kerna memahami..

Pada mulanya Mak Yang Ulwan nak beli buku dekat Taiping, kampung tok saya di Bagan Serai, dekat dengan Taiping... Selalu dengar orang bercerita pasal kedai Doli kuewtow (betul ke saya eja?) dekat Taiping.. Tapi kami pusing2 satu Taiping tak jumpa la pulak Jadi kami tukar plan.. Makan Mee Udang Banjir di Kuala Sepetang..

Kami ikut kereta Abah, Tuan Besar yang nak belanja kami makan mee udang.. Suami saya kata " waa... berbaloi2.. la hari ni"...

Ini lah kedai Mee Udang yang kami pilih dari berpuluh Kedai Mee Udang yang ada di Kuala Sepetang.. Since 1956 tu yang buat kami tak tahan.. tertelan air liur dibuatnya..

Sementara tunggu Mee Udang sampai, kami berposing2 dulu... hehehe...

Ini lah rupa Mee Udang yang di tunggu.. Nyum2....

Tapi dalam pada semua orang order Mee Udang, ada sorang budak pelik pakai baju warna merah order mee goreng... Adik2...

Kami pulang kekenyangan.. Alhamdulillah..











1 comment:

YaQuut said...

Salam.
Lamanya tak tengok Ustaz Esmone. Masih segak dan bertenaga nampaknya. Samapaikan salam akak padanya kalau dia masih kenal la... Beritahu padanya, ayah akak sudah pencen mengajar tahun ni. Jemputlah datang ke rumah.