CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, August 11, 2011

Roti Arab Goreng

Semalam masa saya google cara2 nak buat cendol, ternampak pulak gambar roti arab goreng ni.. Nampak macam sedap je, mesti best kalau makan dengan kari daging. Hehehe.. Walaupun ini adalah entry pertama saya berkaitan makanan dan masakan, tidak bererti saya malas masak ye.. ngeh ngeh..

Cuma segan je nak share, ok ni cara membuatnya :

Bahan-bahan ( 16 biji )

BAHAN A :
1 peket (11gm) yis mauripan
1 Sb gula
1/4 cawan air

BAHAN B :
500 gm tepung gandum
1 sk garam
1 sb gula
2 sb marjerin @ mentega
200 ml susu cair
minyak utk menggoreng
Air secukupnya -masukkan sikit -sikit semasa menguli.


Cara-cara

penyediaan yis (bahan A):masukkan yis dlm mangkuk + gula + air dan kacau. tutup dan biarkan sebentar.yis yg elok ia akan berbuih.

Tepung gandum + gula + garam + marjerin ,gaul sebentar dan masukkan bancuhan yis tadi.
kemudian masukkan susu.sambil tu tambah air sedikit2.uli hingga jadi doh.

Doh harus lah lembut dari doh roti canai.tak perlu uli hingga licin spt buat roti2 lain.tak mengapa jika adunan melekat ditangan,jgn tambah tepung.


tutup dengan kain lembab dan perap selama 1 jam.

selesai perap,tumbuk2 kan doh utk mengeluarkan angin dan bahagikan kepada 16 ketul.buat bulat2.
Ambil sebiji dan canai.jgn terlalu nipis.agak2 sndir lah ye..!kemudian letak di dlm dulang yg telah ditabur sedikit tepung.canai hingga habis.

bila selesai semuanya boleh digoreng.semasa menggoreng simbah2 kan minyak ke atas roti dan ia akan mengelembung.api jgn terlalu kuat sbb jika minyak terlalu panas roti x sempat kembung.

alih2 kan roti dan masak hinga kekuningan.angkat dan toskan.siap utk dihidang.



Boleh la test resepi ni buat juadah berbuka puasa petang ni ye puan-puan " Ketuk- Ketuk Ramadhan"

No comments: