CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, August 6, 2011

Dua Tahun Setengah

Rupanya perkahwinan yang saya bina bersama Mr Husband telah pun menjangkau dua tahun setengah, pelbagai rintangan, dan asam garam alam perkahwinan telah kami lalui. Kata orang, the first 5 years yang sungguh menduga.. Moga Allah panjangkan usia perkahwinan kami, dan Mr husband terus diteguhkan iman supaya boleh menjadi "imam" muda keluarga kecik ni..

Sekarang saya sedang berjauhan dengan Mr Husband, maka mode pun ala2 melankolik.. kihkih.. Tak salah kan teringat pada suami sendiri ? Dapat pahala lagi.. hehe. Mula la nak imbau zaman muda - mudi dulu, zaman2 menjadi anak dara jelita, bukan seperti sekarang, dah shomot syikit.. hehehe ( blamed Ulwan and Haneen ).
Time jelita.. hehe


Ibu yang pendek, kalau tinggi sure murah rezeki.. 

Dan sepanjang dua tahun setengah ni, saya dan suami telah dikurniakan dua cahaya mata Nasih 'Ulwan (penasihat tertinggi) juga Haneen (kerinduan). Sungguh tak disangka!!! Ketiga ??? nantilah dua atau tiga tahun lagi ye.. Nak merehatkan badan kejap.. kihkih..


Ulwan.. (11-10-2009)
Haneen (25-3-2011)

Dua permata hati inilah yang menjadi pengerat kasih sayang di antara kami, gelagat Ulwan yang selalu buat kami gelak sakan.. Nampak laptop atau PC je, mula la " Bu... bush.." sebenarnya bus.. Suka sangat dengan lagu wheels on the bus.. "ell on bush lound,lound,lound".. Kekadang sampai saya sorok laptop dan kami berdua elakkan dari TER menyanyi lagu ni secara tidak sengaja, kalau tak ada yang terpaksa duduk depan laptop buka youtube selama berjam2 lamanya!!! Hahaha.. maafkan ibu ye Ulwan!!

Wheels on the bus go round, round, round and round, all through the town!!!



Hajjah!!!

Haneen dan Ibu 

Ulwan dan abah..

Perbualan di telefon pun dah bertukar, dulu tanya khabar ibu dulu, sekarang belum apa2 lagi dah tanya "anak2 mcm mana?" hahaha.. Romantik pun dah ala2 kurang.. tapi bahagia tu bertambah, kasih sayang dan kepercayaan between each other!!

Manja abah..


Adik Haneen mesti tido time jalan2..dan ibu yang dah shomot!!


Hero abah!!!
Terima Kasih ya Allah, atas kurniaanMU, anak2 yang sihat dan keluarga yang bahagia!! 







No comments: