CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, November 2, 2012

My Dream Kids Wardrobe

Saya perlukan almari untuk 2 kids yang telah pun wujud di dunia ini, dan seorang yang sedang bersenang lenang dalam perut!!!

Aiyooo... Pregnant lagi ke??? Bila nak stop ni?? Merintih sendiri tapi tiada siapa peduli (khas untuk suamiku yang verangan nak anak 10!!)

Ye, untuk memastikan hidupku aman damai di masa hadapan, saya sedang mengintai pelbagai jenis almari untuk menyimpan baju2 anak saya yang telah melambak. Ada yang dah tak boleh pakai pun


Saya tak nak almari macam ni, sebab utamanya ialah, di mana akan ku campakkan almari ini bila anak-anak dah tua bangka nanti?? Ada lagi ke yang nak pakai almari macam ni, kalau nak pass kepada cucu pun, maybe masa tu dah reput.. Dan kami telah ada pengalaman guna almari macam ni, pindah sana,pindah sini, terburai akhirnya.

Maka dengan itu saya bercita-cita tinggi untuk memiliki almari ini, bukan 1, bukan 2, tetapi 3!!! tamak tak??? Untuk 3 orang anak.. Adil kan?? Reka bentuk casual, so sesuai sepanjang zaman. 

STUVA Storage combination w doors/drawers IKEA Doors with integrated damper for silent and soft closing.

STUVA from Ikea
RM465 each x 3 = 1395 (senang somi buat simpanan)

Bahagian atas sesuai untuk baju jalan2 yang perlu digantung, dan 2 drawer di bawah untuk simpan baju pakai hari, towel dan sebagainya.. Sampai sekolah nanti pun boleh guna lagi.. Bestnya!!!
 

Monday, October 15, 2012

Birthday boy @ bukit merah

Ulwan really loves cake!! Anytime he saw cakes at the bakery, he will insist us to buy him a cake!! Fuhh.. Pokai!!

So, usually abah will buy him a slice if cake!! We can say, every month is ulwan birthday!!

When d time come for his real birthday at 11 october, we decided not to buy him a cake, we bring him to Bukit Merah instead!!

Mommy also happy, coz this is the first time mommy went to Bukit Merah, since it was existed!! Ayayayai...

Bukit Merah is a placa for family!! Complete with orang utan island, eco park and waterpark.. Plus, more happening than lost world tambun!! And child friendly also..

We enjoy the time while there.. Most happy person must be our Birthday Boy!!! Haneen also very happy to get a chance clingging to abah all the time!! Abah's baby!!

Happy Birthday Ulwan.. May Allah's Bless remain with u untill jannah.. amin

Tuesday, July 24, 2012

Resepi Nasi Daging

Salam Ramadhan.. Di bulan Ramadhan ni, saya nak berkongsi satu resepi yang amat mudah dan sedap bila dimakan... Nomnom!!
Resepi nasi daging ni diajar oleh mak saya.. Bahan2 yang diperlukan ialah
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Bahan2 di atas ni, boleh dipotong atau ditumbuk, kalau rajin, tumbuk la..
4 sekawan herba ( cengkih,pelaga,kayu manis,bunga lawang)
Satu sudu rempah kari daging
Satu sudu rempah sup
Satu sudu rempah kurma
Campurkan semua rempah2 ni, dan bancuh dengan air..
Daging yang dipotong besar
Beras, ikut suka la nak makan berapa orang, kalau banyak, tambah la bahan2 di atas tadi...
Cara2 masak nasi daging
Panaskan minyak, masukkan herba 4 sekawan,bila dah naik bau,masukkan bawang merah, bawang putih dan halia... Bila sudah kekuningan, masukkan rempah yang sudah dibancuh tadi.. Tunggu sampai naik minyak, boleh lah dimasukkan beras, gaul beras dengan rempah supaya rata, masukkan air,lepas tu masukkan daging...
Bila nak dimakan, keluarkan daging dari nasi dan potong kecil2 supaya boleh dicicah dengan air asam nanti...
Cara buat air asam pulak, saya suka air asam berkerisik..
Tumbuk cili padi dengan kerisik dan belacan sampai lumat, kemudian potongkan bawang halus, tomato dan cili padi. Masukkan dalam mangkuk, gaulkan dengan air asam jawa dan garam secukup rasa...
Senangkan??? Selamat mencuba!! Gambar dicilok dari google... Saya malas tangkap gambar bila memasak,hehehe, tunggulah bila rajin...





- Posted using BlogPress from my iPad

Sunday, June 10, 2012

Between Kak And Sis

Jarak umur saya dan suami saya 6 tahun, tahun ini, 2012, umur saya 27 tahun, maka dengan itu umur suami saya 33 tahun sekarang.. Masalah inilah yang membuatkan saya benar2 tension..(konon tension sangat)

Bila berkunjung ke rumah rakan suami saya, isteri mereka mesti panggil saya kak.. " Masuklah kak", "Minumlah kak air tu" ( aduh, saya adik la...). Mereka beranggapan umur saya mesti lebih kurang suami saya, mungkin 30, 31 atau 32... Saya belum mencecah 3 series lagi, tolonglah mengerti.. huhuhu


Atau adakah saya nampak terlalu selekeh, (memang selalu selekeh dengan mengendong 2 orang anak).. Mungkin saya harus ke Spa kecantikan untuk me"muda" jelitakan diriku yang nampak tua ini..



Masalah berlarutan bila saya berkahwin dengan anak sulung, dan biras2 ku semuanya lebih berusia dari saya.. Suami saya ada 6 orang adik beradik, dan semuanya lelaki..

Suami : Isteri ( saya, 27)
adik kedua : Isteri (30)
adik ketiga : Isteri (28)
adik keempat : kahwin dengan wanita 2 tahun lebih tua, juga 28..

apalah nasib, dan mereka ni panggil saya kak long... Tolonglah Soleh dan Hafifuddin, cari yang muda sikit dari I ni, supaya dapat ku merasa nikmat ada adik ipar!!!

yang peliknya, tak pulak rasa tua bila orang panggil kita Sis... hehehehe

Tuesday, May 15, 2012

kisah katak

Ya, demikianlah tajuk entry ini, saya membacanya di i love islam... dengan gambar katak hijau, saya pada mulanya memandang sepi artikel ini..

alt

Kalian bacalah, moga bermanfaat.. 


Tandas di pejabatku yang terletak di Senawang pernah dimasuki oleh seekor katak. Kisah ini berlaku setahun yang lalu. Pejabat lama ku terletak di tingkat tiga. Sungguh penat jika mahu memunggah naik dan turun barang-barang untuk ke program. Ini juga merupakan salah satu sebab utama kami berpindah ke pejabat baru (rumah sewa).

Kisah katak bermula apabila tandas pejabatku yang tinggi ini dilawati oleh seekor katak. Aku lansung tidak peduli tentang kehadiran katak tersebut walaupun aku sentiasa keluar masuk bilik air. Aku menyangka katak tersebut mungkin singgah sebentar dan akan beredar selepas itu. Pandai masuk, pandailah keluar. Bisik hatiku.

Namun, selepas beberapa hari (mungkin lima ke tujuh hari agaknya) aku mula merasakan sesuatu yang ganjil. Katak tersebut masih lagi ada dalam tandas pejabatku.

"Eh, tak keluar lagi katak ni? Macamanalah kau boleh sampai kat tingkat tiga ni. Takkan tak tau jalan keluar?" hatiku berbicara.

Pelik.

Sedang saat itu mataku melihat kearah katak tersebut. Memerhatikan gelagatnya. Ia sedang terlompat-lompat ke dinding tandas. Seperti sedang memanjat dinding untuk melepaskan diri. Namun langkahnya hari ini seperti sudah semakin lemah. Dahulunya gemuk juga. Hari ini aku lihat ia sudah sedikit kurus. Apabila badannya melompat ke dinding, tangannya dengan penuh harapan cuba menekap dinding.

Sayangnya, badannya meluncur ke bawah dan jatuh semula ke lantai. Kemudian ia cuba lagi, jatuh semula.

Cuba lagi, dan jatuh semula. Kemudian ia rehat sebentar, dan terus mencuba lagi memanjat dinding. Aduh, sungguh sayu aku melihatnya. Aku tunduk sedar. Aku memasukkan diriku dalam katak tersebut. Aku dapat rasakan katak tersebut sedang menjerit-jerit meminta pertolongan. Melompat-lompat supaya dirinya mampu melepasi dinding tandas, walaupun menyedari usaha tersebut pasti sia-sia. Tapi, ia tiada pilihan. Duduk menunggu ajal, atau terus mencuba untuk keluar.


Lantas dengan penuh rendah hatinya aku keluar mencari plastik. Aku bawakan ke katak tersebut. Aku masukkannya ke dalam plastik. Sungguh, aku rasa geli memegangnya, walaupun berbungkus dalam plastik.

Aku berlari keluar daripada pejabat. Menuruni tangga (3 tingkat) dengan pantas. Hampir sahaja kakiku tersilap anak tangga. Sampai sahaja di muka pintu, aku lihat cahaya matahari petang begitu indah. Tentu ini yang dimahukan katak tersebut.

Aku letakkannya di atas lantai dan bukakan bungkusan tersebut. Belumpun sempat bungkusan itu habis dibuka, katak tersebut terus melompat keluar daripada plastik dengan pantas. Aku dapat lihat betapa tingginya lompatan tersebut. Tidak seperti lompatannya ketika memanjat dinding sebentar tadi. Oh, gembiranya aku. Puas sungguh!

Aku sangkakan katak tersebut terus pergi meninggalkanku. Jadi aku tunggulah sebentar sehingga katak itu hilang daripada pandanganku. Namun, sangkaan ku sememangnya tidak tepat. Selepas melompat keluar daripada plastik tersebut, katak itu terus pusing menghadapku.

Kini, mata bertentang mata. Aku merenung matanya. Dia juga merenung mataku. Aku dapat lihat air matanya. Bergenang. Mukanya mengatakan terima kasih. Anak matanya jelas mengatakan dia sungguh berterima kasih. Aku merasa sungguh sedih dan sebak. Namun hatiku benar-benar gembira melihatnya kembali bebas.

"Tidak mengapalah, kamu sekarang dah bebas. Kamu pergilah kemana kamu suka. Satu sahaja pintaku, tolong doakan aku sentiasa supaya Allah sentiasa membantuku jika aku menghadapi belenggu" kataku padanya.

Seperti mendengar kata-kataku, dia terus pusing dan pergi meninggalkanku.

Katak, sungguh kau telah mengajar erti kehidupan kepadaku.

Kau ajarku untuk teruskan berusaha selagi termampu. Usah mengaku kalah selagi nyawa dikandung badan.

Kau ajarku untuk ucapkan terima kasih walau siapa sahaja yang membantu kita, walaupun kita tidak mengenalinya.

Kau memberikanku semangat untuk terus melakukan kebaikan, kerana aku yakin setiap kebaikan pasti ada ganjaran di sisi Tuhan.

- Artikel iluvislam.com

Biodata Penulis
Mohamad bin Mohshin Merupakan Master Trainer di syarikat latihan dan motivasi Alfaliheen Management. Syarikat kami fokus dalam meberi latihan kepimpinan terutama dalam Kursus Latihan Usrah Profesional. Beliau berkongsi karya di http://mohamadmohsin.blogspot.com

Tuesday, May 8, 2012

Tribute to My Lil Nasih 'Ulwan


Nasih 'Ulwan

Wajah wajah 'Ulwan yang ibu berjaya kumpul, cuma muka time mengamuk je ibu tak letak di sini, kalau tak bila besar nanti, 'Ulwan pun tau macam mana buruknya muka 'Ulwan bila mengamuk.. huhuhu

Cepatnya si kecik ni membesar.. sekarang dah jadi abang.. Semoga membesar bagai juara dan berjaya di akhirat dan di dunia, ye, moga 'Ulwan berjaya di akhirat dulu, baru fikir hal dunia.. kerana akhirat yang lebih pasti.. Salam sayang dari ibu di UUM, lepas ni kena buat tribute to Haneen pulak..

Monday, May 7, 2012

Haneen dah lega demam

Alhamdulillah, Haneen dah lega demam, ni first time si kecik ni demam teruk.. selalu light fever je sebab minum susu ibu, so antibody memang kuat la, sekarang bila dah berjauhan, mungkin disebabkan kurangnya bonding dengan ibu, anak ibu ni demam teruk.. kesian sangat..

Ibu pun terpaksa la ponteng kuliah seminggu sebab nak jaga anak dara kecik ni, nasib baik Abang Ulwan memahami, setiap kali nak kacau adik, ibu bagitau adik demam.. dia akan cakap "aneen emam ke bu? ok, sian aneen"

hehehe, sweet je ibu dengar..


dua budak tenit, comot makan apple..



besar gigi Haneen, anak manja abah..


Gambar Haneen kena buli dengan Mak Lang Nana, sebab tak nak senyum bila tangkap gambar... hahahaha..

kesian adik baru baik demam..

Rindu both of u Haneen n Ulwan, ibu dah kena sambung study, banyak assingment menanti..

From mommy at UUM..