CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, March 30, 2011

Pengalaman Bersalin Part 1

Alhamdulillah, saya dah selamat melahirkan anak kedua saya pada 25 Mac 2011 tepat 3:49 pagi hari Jumaat.. Sekali lagi Allah beri saya pengalaman indah melahirkan insan yang selama 9 bulan dinanti. Tapi saya rasa nak cerita pengalaman saya melahirkan anak pertama dulu la...

11 Oktober 2009

0000am: Baru lepas tengok Cerekarama di TV3, masa tu yang berlakon Fasha Sandha dan Fahrin, saya layan cerita ni dengan suami.. Memang best la, gelak2.. sebab cerita lawak. Lepas tu, tiba2 rasa nak muntah2 pulak, bila muntah tu macam ada air keluar sikit.. Apalagi, terus ajak suami dan mak saya pegi hospital.. Padahal tak de rasa sakit apa pun lagi time ni, biasala.. tak sabar nak bersalin, anak first!!! Buat CTG, check jalan, doctor kata dah 2cm.. Tapi still confius, tak sakit pun.. Dalam hati kata, bestnya.. idok la sakit sangat nak bersalin rupanya.. hehehe.

0200: Mula rasa sakit datang.. Datang dari bwh perut macam senggugut, bwk ke pinggang.. tapi still boleh tahan lagi.. sementara tunggu urusan admit ke ward.

0900: Rasa sakit dah mula kuat, waaa.. agak boleh tahan sakitnya, tu la cakap besar lagi!! Nurse datang buat CTG, and pegang2 perut, nak check contraction, dia dengan selambanye kata perut saya lembik2 macam tembikai je.. Ok lagi ni, lambat lagi nak bersalin.. Hampeh!! Lain kali, bagi la moral support sikit..

1000: Doctor datang kata nak check jalan, doctor kata dah 5 cm, tolak ke labour room now!! terkezut nurse yang kata perutku macam tembikai.. siap minta maaf lagi masa tolak aku gi labour room..

1100: Mula la segala prosedur bersalin, pecahkan air ketuban.. Dan saya yang mengeliat2 menahan sakit.. di mulut hanya nama Allah sahaja.. Sakit sungguh.. tak terkata!!! Masa ni ingat wajah ibuku yang tersayang, terima kasih mak, lahirkan saya ke dunia!!! Sungguh! Ikhlas dari anakmu ini...

Pukul berapa ntah: Nurse datang check progress aku.. Terkejut dia tengok keadaan bilik aku yang macam dilanggar Garuda, cadar semua ntah ke mana.. Fuh!! memang sungguh aku menahan sakit, macam nyawa nak ditarik, tak cukup nafas rasanya nak disedut bagi melawan kesakitan.. Mungkin sebab terlalu kesian tengok keadaan saya begitu, nurse cucuk pain killer.. Boleh la lelap jap, walaupun bila sakit tu datang 3 minit sekali, saya akan tersedar dan mengucap..

Rasa sangat nak meneran dah ni, tapi bila saya buka mata, bilik saya kosong, semua orang tak da.. Masa ni, saya tak tau pun yang suami boleh masuk teman Isteri.. Kalau saya tahu, dari awal lagi saya panggil, biar dia tengok pengorbanan Isteri dia yang berjuang mengeluarkan anak.. Bila nurse masuk, kepala baby dah nampak pun.. Serta merta, dua tiga orang lagi nurse datang.. Memberi sokongan supaya saya meneran.. Tapi dengan tiba2, saya tak sakit apa pun, langsung tak sakit dan tak da gesaan nak meneran.. Mungkin Allah bagi kerehatan pada saya.. Saya push sendiri baby sampai keluar, rasanya mau dekat 10 kali push.. Nurse dah marah2 dah, salah push la, rileks sangat la.. Sungguh, saya memang tak tau cara push sebenar.. Hehehe.. Tapi keluar juga la anak saya..

Saya pun dijahit, sungguh saya katakan, saya tak sakit langsung masa kena jahit, saya rasa mungkin juga kesan pain killer.. Saya rileks je dijahit, sambil mamai.. Fikir lepas ni tanggungjawab sebagai ibu.. Dan bila nurse datang letak baby atas dada, saya rasa sangat sayu, bila baby menangis, saya rasa sangat malu nak cakap "shhhh... ibu ada, jangan menangis!!!" . Saya rasa macam nak cakap, " Jangan nangis, kakak ada ni" hehehe.. boleh tak?

Sekarang si kecik bertuah tu, dah berusia 1 tahun 5 bulan, namanya Nasih Ulwan.. dah jadi abang pada usia muda, lupa saya nak bagitau, kami suami isteri memang tak tau nak dapat anak lelaki, kerana si kecik memang sentiasa tutup dia punya dengan kaki setiap kali scan..Hehehe..

Buat Ulwan, bulan depan cucuk ye, 1 tahun 6 bulan dah!! kena cucuk lagi... Sayang Ulwan!!!!

Thursday, March 3, 2011

Abang Besar

Waa.. ibu sekarang memang boleh berehat dan bersenang lenang di kerusi belakang, boleh lujur kaki, tongeng2.. dkt seat belakang, kerana ibu dah ada Abang Long yang boleh diharap teman abah drive.. Nanti abah bawak laju,sape nak cubit abah? Abah mengantuk,sape nak tegur abah? sembang2 dengan abah?

Nampaknya Ulwan dah ambik alih tugas ibu..

Muka manis yang menghilangkan mengantuk abah, dan buat abah beringat-ingat tak drive laju2..

Ulwan,buat gaya orang kaya tidur.. Ini lah yang akan dilakukan setiap kali..


 Betulka orang kaya tidur gayanya mcm Ulwan buat ni? hehehe.. Siapa bgtau anak ibu?
Apa kerja ibu di seat belakang? Mestila tidoooo... hahaha

Thursday, November 11, 2010

Allah dan Perkara Ghaib

Ulwan makin hari makin besar, dan setiap hari dia menunjukkan sifat inquiry yang sangat tinggi..
Itu belum boleh bercakap lagi,kalau dah bercakap nanti,mesti banyak soalan dan persoalannya.. Teringat saya kisah kawan saya, anak dia tanya kenapa motor tak ada pintu macam kereta.. Fuhh!!! Kena memikir dengan penuh logik ,sebelum beri jawapan terbaik.. "motor kan dua tayar je,kalau ada pintu,nanti bila jatuh susah la,kalau tak ada pintu,kaki kita boleh halang motor dari jatuh"

Itu soalan duniawi yang kita boleh fikir jawapannya.. Tapi macam mana pulak kalau soalan tentang Allah dan Alam Ghaib?? Kalau tak cukup ilmu, tentu susah kita nak jawab..

Itulah antara sebab saya membaca buku ni, sebagai persediaan untuk menjawab segala persoalan Ulwan dan adik2nya tentang Allah dan Alam Ghaib..

Kata buku ini,tak salah bila kita menjawab begini bila ditanya oleh anak kita "Ibu pun tak tahu la, tapi apa kata kita sama2 cari jawapannya"..

Menurut buku ini lagi, bila anak2 menunjukkan minat mengetahui tentang Allah, syukurlah,kerana sesungguhnya Allah sedang limpahkan rahmat ke atas keluarga kita,Allah berikan kita anak yang mempunyai semangat ingin tahu tentang pencipta-Nya.

P/s: teringat saya gelagat Ulwan yang tertonggeng2 meniru kami sujud dan ruku'.. Sejuk hati,bila anak sekecil itu,tahu meniru perbuatan solat,walau dia sendiri masih belum memahami... Wallahualam..

Friday, November 5, 2010

Babywearing

 Memakai bayi anda.. dengar bunyi macam pelik je kan.. Tapi saya tahu,kawan2 saya semua dah tahu dan lebih arif berbanding saya mengenai babywearing.. 










Babywearing ni bagus, memang la nampak macam bibik indon.. Tetapi kebaikan babywearing mengatasi semua itu, ia membuatkan bayi kita more calm.. Disebabkan sudah terbiasa dengan haba badan, bau, degupan jantung dan suara ibu semasa dalam kandungan..


Anda tengok gambar saya, macam bibik indon atau saya nampak bergaya memakai Ulwan di badan saya? hehehe.. Back To Natural guys...

















Monday, August 23, 2010

'Ulwan di Ramadhan..

'ulwan di ramadhan ni ceria.. Ibu dan abah balik kerja awal,dapat luangkan lebihhh masa bersama anak ibu..
'ulwan di ramadhan ni banyak membantu,langsung tak pernah terjaga tidur dan nangis masa ibu dan abah bersahur..
Ulwan di ramadhan ini makin lincah,dah berjaya melangkah setapak dua.. Yeaaayy!!!
Ulwan di ramadhan ni bertuah,dah ada baju raya,sedang ibu dan abah masih belum ada baju raya lagi..
Ulwan di ramadhan ni,senyumannya makin manis di pandang mata..
Bersyukurlah ulwan,nasib ulwan tak seperti kawan2 ulwan yang dibuang pada bulan Ramadhan ini.. Ulwan masih ada abah dan ibu yang amat menyayangimu.. Tebarkanlah senyuman manismu untuk abah dan ibu,moga hilang lelah di bulan mulia ini...

Sunday, June 6, 2010

Kuala Sepetang

Apa lagi yang hebat dekat Kuala Sepetang kalau bukan Mee Udang.. Perjalanan kami ke Kuala Sepetang pada hari tu ditemani hujan lebat.. Masa gambar ni diambil, saya paksa suami saya perlahankan kereta,saya nak ambil gambar signboard tu.. "perlahan sikit abang, blogger nak buat keje ni". Suami saya terus berhentikan kereta... Hahahaha.. Terima kasih kerna memahami..

Pada mulanya Mak Yang Ulwan nak beli buku dekat Taiping, kampung tok saya di Bagan Serai, dekat dengan Taiping... Selalu dengar orang bercerita pasal kedai Doli kuewtow (betul ke saya eja?) dekat Taiping.. Tapi kami pusing2 satu Taiping tak jumpa la pulak Jadi kami tukar plan.. Makan Mee Udang Banjir di Kuala Sepetang..

Kami ikut kereta Abah, Tuan Besar yang nak belanja kami makan mee udang.. Suami saya kata " waa... berbaloi2.. la hari ni"...

Ini lah kedai Mee Udang yang kami pilih dari berpuluh Kedai Mee Udang yang ada di Kuala Sepetang.. Since 1956 tu yang buat kami tak tahan.. tertelan air liur dibuatnya..

Sementara tunggu Mee Udang sampai, kami berposing2 dulu... hehehe...

Ini lah rupa Mee Udang yang di tunggu.. Nyum2....

Tapi dalam pada semua orang order Mee Udang, ada sorang budak pelik pakai baju warna merah order mee goreng... Adik2...

Kami pulang kekenyangan.. Alhamdulillah..











Monday, May 10, 2010

Student Kecik..

Gambar ni di ambik masa ibu dan abah Ulwan g jejalan kat IKEA.. Berbulu mata tengok deco yg cumel2... Tapi kitorang tak mampu la kot, tunggu la bila dah ada rumah sendiri nanti... Bulat tak mata Ulwan? hehehe... Ulwan nak dapatkan feel study ni...