CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, April 8, 2011

Pengalaman Bersalin Part 2

Salam..

Hehe.. nak tergelak pulak rasanya bila baca tajuk entry ni, bersalin ni ada part2 pulak.. Saya nak ceritakan pengalaman saya bersalin Haneen la pulak, kecik hati dia nanti, bila cerita bersalin abang dia je yang ada dalam blog ibu ni.. "Ibu tak bezakan kasih untuk anak2 ibu, semua sama saja.. Siapa nakal kena tibai, siapa baik.. ibu kiss pipi!!".

Okayla... Kalau orang kata bersalin anak kedua mudah dan senang, tidak bagi diri saya.. Saya lalui pengalaman mengerikan melahirkan Haneen..

Mula pada malam 24 hb Mac 2011, pukul 1 pagi macam tu.. Saya dah rasa macam period pain, sangat mild.. Dalam hati kata, " ooo,rasanya nak bersalin dah ni". Sebenarnya azam saya untuk bersalin kali ni ialah, saya malas pegi hospital awal2, biar dah sakit sangat2,baru pegi.. sbbnya??? Malas dok ward lama2, tahan sakit sorang2.. Cadangnya bila pegi hospital tu, terus masuk labour room dan bersalin dengan jayanya!!! Lagipun tak sampai hati tinggal Ulwan..

Malam tu, saya tidur dengan nyenyaknya.. Siap mimpi2 dah bersalin.. Hehehe.. Pagi esoknya, kena bebel dengan mak saya, suruh pegi hospital, takut apa2 jadi.. Maka saya pun pegi la hospital dengan suami tercinta, biasa la, bila dah dekat hospital tu, buat CTG, dan check jalannya.. dah buka ke belum?? Baru 2cm, doktor suruh saya balik dulu.. Kalau sakit dah kerap atau pecah air ketuban, baru datang balik.. mungkin sebab tengok muka saya yang biasa2 saja, relaks semacam.. Tapi sebab utamanya ialah wad dah penuh, ramai betul orang nak bersalin sama tarikh dengan saya..

So, saya balik rumah.. peluk2 Ulwan, main dengan Ulwan.. Sekejap je balik rumah, dalam sejam macam tu je.. Pastu pegi hospital balik, sebab sakit makin kerap pulak, 3 minit sekali.. tapi sakitnya masih boleh ditahan lagi.. Suami saya angkut mak saya, Ulwan dan adik saya pegi hospital.. Boring tunggu sorang2 katanya.. Pegi la kami ke hospital semula dengan satu batalion pemberi semangat kepada saya yang sakit ni... huhu..

Saya sampai di hospital masa tu pukul 130 tghhari macam tu, punya la lama tunggu turn nak buat CTG weh... Ramainya orang nak beranak, termasuk la saya.. sesekali mengintai Ulwan yang ada dkt Ruang Menunggu.. Pukul 330 macam tu, baru la sampai balik turn CTG saya.. Fuhhh!!!!lama kan??? Berpeluh2 saya.. Doktor check jalan lagi, baru 3cm.. Lambatnya buka jalan, dari pukul 11 pagi sampai pukul 4 ptg, baru berganjak 1cm... Masa tu rasa macam dah nak menangis dah..sakit makin kuat, tapi jalan lambat bukak.. Peraturan kat hospital, bila jalan buka 4 cm,barula  kita akan dimasukkan ke labour room, bawah dari tu, masuk ward bersalin, dan itu la yang paling saya malas sekali.. Masuk ward!! Sungguh berbeza perasaannya bila kita masuk ward dengan baby dan masuk ward dengan kesakitan menggunung yang tak boleh dikongsi dengan sesiapa kecuali nurse2 dan doktor yang asing bagi kita.. huhuhu..

Saya admit ke ward pukul 645ptg, masa ni sangat2 la sakit, sampai saya memang tak mampu nak berjalan lagi, hanya baring dekat katil, bila sakit tu datang, saya pegang besi katil kuat2 sambil zikir Ya Latiff.. Mohon Allah ringankan sakit.. Tak henti saya berdoa, supaya Allah berikan kesakitan yang masih mampu saya tanggung.. Pukul 9 malam mcm tu, saya tak tahan lagi, betul2 sakit.. Saya sendiri pegi jumpa nurse, suruh nurse tlg tgok bukaan dah berapa? Sebab sakitnya Allah yang tau.. Sakittttnyaaa... Masih lagi 3cm rupanya, balik je dekat katil saya, berjurai2 air mata saya menangis.. Betul,saya tak tahan lagi sakit.. Jangan ngeri ye kepada yang tengah mengandung tu..

Saya menangis teringat Ulwan, macam petang tadi adalah saat terakhir saya jumpa dia, rasanya saya macam dah nak mati.. Teringat Ulwan berlari2 peluk kaki saya masa saya dihantar ke ward, minta saya dukung.. Terharu sangat masa tu, sbb saya tak mampu nak dukung Ulwan, sebab terlalu sakit.. Saya telefon suami saya, minta maaf pada dia.. Mana tau ada salah saya yang masih belum diampunkan, jenuh pulak suami saya bagi semangat pada saya, supaya kuat.. Dia suruh saya bayangkan muka Ulwan. Mak Oii.. muka Ulwan, memang la pemberi semangat, tapi juga buat saya sebak dan sedih.. Hehehe.. gagal la abang..

Pukul 11 malam saya pegi lagi jumpa nurse, suruh tgok bukaan.. Nurse kata tak boleh check selalu, takut jangkitan kuman, tapi saya memang dah tak tertahan lagi.. Untuk sedapkan hati saya, dia suruh saya baring dulu, tunggu doktor datang untuk check bukaan...Pukul 1215 pagi, baru la doktor datang check bukaan, dan yang mengecewakan, masih lagi 3cm... Doktor pun macam dah malas nak tengok muka saya lagi, mungkin dia rasa saya menyusahkan duty dia pada mlm tu.. Doktor pelatih muda, belum kahwin lagi, mana la dia nak tau rasa sakit bersalin...

Saya jalan balik ke bilik saya dengan perasaan sedih yang tak tau la mcm mana nak diterangkan.. Bila kaki saya melangkah depan bilik orang lain, dan tengok semuanya sedang nyenyak tidur, tinggal saya yang masih berperang dengan sakit.. Saya dah hampir putus asa, saya pegi lagi ke meja nurse, mintak ubat tahan sakit, sekurang-kurangnya saya boleh tidur, simpan tenaga untuk bersalin nanti.. Saya tanya dia, epidural ada tak? Pethidine?? semua saya tanya.. Boleh bayangkan tak macam mana saya sakit??? Dia kata, semua ubat tu dekat labour room,dekat ward tak ada..

Saya balik bilik dengan kecewanya, telefon suami saya lagi, suruh dia telefon mak mertua saya, minta maaf.. bgtau mak saya, saya minta maaf.. Suami saya marah saya sebab saya merepek2 katanya.. Saya merayu jugak pada dia, suruh dia wakilkan saya minta maaf pada semua orang.. Sungguh!!! saya tak tahan lagi..

Entah macam mana, tiba2 saya rasa nak pegi private, dekat sana sure saya boleh dapat epidural tanpa perlu diminta, mesti diorang yang tanya sendiri, nak ke tak?? Tak payah tanya2..Saya telefon ayah saya, suruh dia keluarkan saya segera dari hospital, saya tak tahan lagi berada di tempat yang macam endah tak endah je orang sakit.. Hehehe.. Biasa la,perasaan masa sakit, tak rasional lagi, mungkin nurse dan doktor kat situ sibuk kan?? Ada banyak kerja lain lagi, dari melayan saya.. Ayah saya kata ok!! Saya tak telefon suami saya, takut kena marah... Hehe.. Fuhh.. lega rasanya, saya macam dapat bayangkan kelegaan bila dapat epidural tu nanti..

Cepat2 saya bagitau nurse, saya nak keluar dari hospital.. saya nak pegi Private!!! Saya dah malas nak tengok muka doktor yang masam, tak memberi semangat.. Hehehe emosional lagi?? Nurse kata, nak tanya doktor dulu.. Tak lama lepas tu, suami saya telefon, dan marah2 saya sebab buat tindakan bodoh katanya.. Lagi la saya menangis beria-ria.. Saya beritahu dia " Nak mati dah ni abang.. dari pukul 4 ptg sampai la pukul 1 pagi, tak berganjak bukaan, nurse kat sini, tak nak bagi sikit pun pain killer.. Dah tak tahan lagi" Dengar suara saya yang dah macam nyawa2 ikan tu, suami saya keluar rumah, datang hospital dan sound doktor..

Sambung lain kali la ye.. memang panjang ceritanya.. hehehehe tak larat taip dah.. orang berpantang kena banyak rehat..

Wednesday, March 30, 2011

Pengalaman Bersalin Part 1

Alhamdulillah, saya dah selamat melahirkan anak kedua saya pada 25 Mac 2011 tepat 3:49 pagi hari Jumaat.. Sekali lagi Allah beri saya pengalaman indah melahirkan insan yang selama 9 bulan dinanti. Tapi saya rasa nak cerita pengalaman saya melahirkan anak pertama dulu la...

11 Oktober 2009

0000am: Baru lepas tengok Cerekarama di TV3, masa tu yang berlakon Fasha Sandha dan Fahrin, saya layan cerita ni dengan suami.. Memang best la, gelak2.. sebab cerita lawak. Lepas tu, tiba2 rasa nak muntah2 pulak, bila muntah tu macam ada air keluar sikit.. Apalagi, terus ajak suami dan mak saya pegi hospital.. Padahal tak de rasa sakit apa pun lagi time ni, biasala.. tak sabar nak bersalin, anak first!!! Buat CTG, check jalan, doctor kata dah 2cm.. Tapi still confius, tak sakit pun.. Dalam hati kata, bestnya.. idok la sakit sangat nak bersalin rupanya.. hehehe.

0200: Mula rasa sakit datang.. Datang dari bwh perut macam senggugut, bwk ke pinggang.. tapi still boleh tahan lagi.. sementara tunggu urusan admit ke ward.

0900: Rasa sakit dah mula kuat, waaa.. agak boleh tahan sakitnya, tu la cakap besar lagi!! Nurse datang buat CTG, and pegang2 perut, nak check contraction, dia dengan selambanye kata perut saya lembik2 macam tembikai je.. Ok lagi ni, lambat lagi nak bersalin.. Hampeh!! Lain kali, bagi la moral support sikit..

1000: Doctor datang kata nak check jalan, doctor kata dah 5 cm, tolak ke labour room now!! terkezut nurse yang kata perutku macam tembikai.. siap minta maaf lagi masa tolak aku gi labour room..

1100: Mula la segala prosedur bersalin, pecahkan air ketuban.. Dan saya yang mengeliat2 menahan sakit.. di mulut hanya nama Allah sahaja.. Sakit sungguh.. tak terkata!!! Masa ni ingat wajah ibuku yang tersayang, terima kasih mak, lahirkan saya ke dunia!!! Sungguh! Ikhlas dari anakmu ini...

Pukul berapa ntah: Nurse datang check progress aku.. Terkejut dia tengok keadaan bilik aku yang macam dilanggar Garuda, cadar semua ntah ke mana.. Fuh!! memang sungguh aku menahan sakit, macam nyawa nak ditarik, tak cukup nafas rasanya nak disedut bagi melawan kesakitan.. Mungkin sebab terlalu kesian tengok keadaan saya begitu, nurse cucuk pain killer.. Boleh la lelap jap, walaupun bila sakit tu datang 3 minit sekali, saya akan tersedar dan mengucap..

Rasa sangat nak meneran dah ni, tapi bila saya buka mata, bilik saya kosong, semua orang tak da.. Masa ni, saya tak tau pun yang suami boleh masuk teman Isteri.. Kalau saya tahu, dari awal lagi saya panggil, biar dia tengok pengorbanan Isteri dia yang berjuang mengeluarkan anak.. Bila nurse masuk, kepala baby dah nampak pun.. Serta merta, dua tiga orang lagi nurse datang.. Memberi sokongan supaya saya meneran.. Tapi dengan tiba2, saya tak sakit apa pun, langsung tak sakit dan tak da gesaan nak meneran.. Mungkin Allah bagi kerehatan pada saya.. Saya push sendiri baby sampai keluar, rasanya mau dekat 10 kali push.. Nurse dah marah2 dah, salah push la, rileks sangat la.. Sungguh, saya memang tak tau cara push sebenar.. Hehehe.. Tapi keluar juga la anak saya..

Saya pun dijahit, sungguh saya katakan, saya tak sakit langsung masa kena jahit, saya rasa mungkin juga kesan pain killer.. Saya rileks je dijahit, sambil mamai.. Fikir lepas ni tanggungjawab sebagai ibu.. Dan bila nurse datang letak baby atas dada, saya rasa sangat sayu, bila baby menangis, saya rasa sangat malu nak cakap "shhhh... ibu ada, jangan menangis!!!" . Saya rasa macam nak cakap, " Jangan nangis, kakak ada ni" hehehe.. boleh tak?

Sekarang si kecik bertuah tu, dah berusia 1 tahun 5 bulan, namanya Nasih Ulwan.. dah jadi abang pada usia muda, lupa saya nak bagitau, kami suami isteri memang tak tau nak dapat anak lelaki, kerana si kecik memang sentiasa tutup dia punya dengan kaki setiap kali scan..Hehehe..

Buat Ulwan, bulan depan cucuk ye, 1 tahun 6 bulan dah!! kena cucuk lagi... Sayang Ulwan!!!!

Thursday, March 3, 2011

Abang Besar

Waa.. ibu sekarang memang boleh berehat dan bersenang lenang di kerusi belakang, boleh lujur kaki, tongeng2.. dkt seat belakang, kerana ibu dah ada Abang Long yang boleh diharap teman abah drive.. Nanti abah bawak laju,sape nak cubit abah? Abah mengantuk,sape nak tegur abah? sembang2 dengan abah?

Nampaknya Ulwan dah ambik alih tugas ibu..

Muka manis yang menghilangkan mengantuk abah, dan buat abah beringat-ingat tak drive laju2..

Ulwan,buat gaya orang kaya tidur.. Ini lah yang akan dilakukan setiap kali..


 Betulka orang kaya tidur gayanya mcm Ulwan buat ni? hehehe.. Siapa bgtau anak ibu?
Apa kerja ibu di seat belakang? Mestila tidoooo... hahaha

Thursday, November 11, 2010

Allah dan Perkara Ghaib

Ulwan makin hari makin besar, dan setiap hari dia menunjukkan sifat inquiry yang sangat tinggi..
Itu belum boleh bercakap lagi,kalau dah bercakap nanti,mesti banyak soalan dan persoalannya.. Teringat saya kisah kawan saya, anak dia tanya kenapa motor tak ada pintu macam kereta.. Fuhh!!! Kena memikir dengan penuh logik ,sebelum beri jawapan terbaik.. "motor kan dua tayar je,kalau ada pintu,nanti bila jatuh susah la,kalau tak ada pintu,kaki kita boleh halang motor dari jatuh"

Itu soalan duniawi yang kita boleh fikir jawapannya.. Tapi macam mana pulak kalau soalan tentang Allah dan Alam Ghaib?? Kalau tak cukup ilmu, tentu susah kita nak jawab..

Itulah antara sebab saya membaca buku ni, sebagai persediaan untuk menjawab segala persoalan Ulwan dan adik2nya tentang Allah dan Alam Ghaib..

Kata buku ini,tak salah bila kita menjawab begini bila ditanya oleh anak kita "Ibu pun tak tahu la, tapi apa kata kita sama2 cari jawapannya"..

Menurut buku ini lagi, bila anak2 menunjukkan minat mengetahui tentang Allah, syukurlah,kerana sesungguhnya Allah sedang limpahkan rahmat ke atas keluarga kita,Allah berikan kita anak yang mempunyai semangat ingin tahu tentang pencipta-Nya.

P/s: teringat saya gelagat Ulwan yang tertonggeng2 meniru kami sujud dan ruku'.. Sejuk hati,bila anak sekecil itu,tahu meniru perbuatan solat,walau dia sendiri masih belum memahami... Wallahualam..

Friday, November 5, 2010

Babywearing

 Memakai bayi anda.. dengar bunyi macam pelik je kan.. Tapi saya tahu,kawan2 saya semua dah tahu dan lebih arif berbanding saya mengenai babywearing.. 










Babywearing ni bagus, memang la nampak macam bibik indon.. Tetapi kebaikan babywearing mengatasi semua itu, ia membuatkan bayi kita more calm.. Disebabkan sudah terbiasa dengan haba badan, bau, degupan jantung dan suara ibu semasa dalam kandungan..


Anda tengok gambar saya, macam bibik indon atau saya nampak bergaya memakai Ulwan di badan saya? hehehe.. Back To Natural guys...

















Monday, August 23, 2010

'Ulwan di Ramadhan..

'ulwan di ramadhan ni ceria.. Ibu dan abah balik kerja awal,dapat luangkan lebihhh masa bersama anak ibu..
'ulwan di ramadhan ni banyak membantu,langsung tak pernah terjaga tidur dan nangis masa ibu dan abah bersahur..
Ulwan di ramadhan ini makin lincah,dah berjaya melangkah setapak dua.. Yeaaayy!!!
Ulwan di ramadhan ni bertuah,dah ada baju raya,sedang ibu dan abah masih belum ada baju raya lagi..
Ulwan di ramadhan ni,senyumannya makin manis di pandang mata..
Bersyukurlah ulwan,nasib ulwan tak seperti kawan2 ulwan yang dibuang pada bulan Ramadhan ini.. Ulwan masih ada abah dan ibu yang amat menyayangimu.. Tebarkanlah senyuman manismu untuk abah dan ibu,moga hilang lelah di bulan mulia ini...

Sunday, June 6, 2010

Kuala Sepetang

Apa lagi yang hebat dekat Kuala Sepetang kalau bukan Mee Udang.. Perjalanan kami ke Kuala Sepetang pada hari tu ditemani hujan lebat.. Masa gambar ni diambil, saya paksa suami saya perlahankan kereta,saya nak ambil gambar signboard tu.. "perlahan sikit abang, blogger nak buat keje ni". Suami saya terus berhentikan kereta... Hahahaha.. Terima kasih kerna memahami..

Pada mulanya Mak Yang Ulwan nak beli buku dekat Taiping, kampung tok saya di Bagan Serai, dekat dengan Taiping... Selalu dengar orang bercerita pasal kedai Doli kuewtow (betul ke saya eja?) dekat Taiping.. Tapi kami pusing2 satu Taiping tak jumpa la pulak Jadi kami tukar plan.. Makan Mee Udang Banjir di Kuala Sepetang..

Kami ikut kereta Abah, Tuan Besar yang nak belanja kami makan mee udang.. Suami saya kata " waa... berbaloi2.. la hari ni"...

Ini lah kedai Mee Udang yang kami pilih dari berpuluh Kedai Mee Udang yang ada di Kuala Sepetang.. Since 1956 tu yang buat kami tak tahan.. tertelan air liur dibuatnya..

Sementara tunggu Mee Udang sampai, kami berposing2 dulu... hehehe...

Ini lah rupa Mee Udang yang di tunggu.. Nyum2....

Tapi dalam pada semua orang order Mee Udang, ada sorang budak pelik pakai baju warna merah order mee goreng... Adik2...

Kami pulang kekenyangan.. Alhamdulillah..